MANIFESTO : Muhammad Noor Amirul

Assalamualaikum, salam Ramadhan dan selamat sejahtera kepada semua.

Saya Muhammad Noor Amirul Bin Noor Azman, pelajar tahun keempat di Universiti Teknologi Belfort-Montbéliard, dengan sukacitanya menyatakan hasrat saya untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum Masaf Sesi 2017/2018, untuk menyandang jawatan Pengarah Biro Kebudayaan.

Sepanjang 4 tahun tempoh pengajian saya di Perancis, saya telah banyak menyertai aktiviti yang dianjurkan Masaf, baik kecil mahupun besar, tidak mengira di Perancis atau di Malaysia. Kesungguhan keluarga Masaf untuk menyumbang, walau di balik tabir, kepada komuniti Malaysia di Perancis semata-mata untuk kegembiraan semua telah menarik minat saya untuk mengambil bahagian dalam keluarga Masaf serta menabur bakti kembali kepada anda semua.

Seandainya saya terpilih untuk menyandang jawatan ini, visi saya adalah:

– Memastikan aktiviti-aktiviti anjuran Biro Kebudayaan Masaf lebih berprestij dan berdiri sama gah dengan aktiviti-aktiviti utama Masaf seperti Hari Graduasi, Hari Sukan Masaf, FEDEX dan seumpamanya.

– Mencari lebih banyak lagi bakat yang boleh mempertonton lagi budaya Malaysia di mata dunia amnya, dan di Perancis khususnya.

– Menggalakkan penyertaan keluarga Masaf secara menyeluruh dari latar belakang berbeza dalam aktiviti antara budaya seperti sambutan perayaan yang berlainan untuk mengukuhkan perpaduan dan persefahaman antara kita, dan umumnya antara rakyat Malaysia.

Apalah visi saya tanpa sokongan daripada anda semua. Klik di pautan di bawah untuk mendaftar sebagai pengundi untuk Pilihanraya Umum Masaf Sesi 2017/2018.

https://goo.gl/forms/Q1Y36GWAaisypVsu1

Bersama Memartabatkan Budaya Kita.

#empoweringmasaf

#undichot