Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk bertanding jawatan bendahari dalam Pilihan Raya MASAF 2016.

 

Untuk makluman, saya merupakan salah seorang AJK Biro Akademik sesi 2015/2016 dan pada masa yang sama, saya seorang yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh MASAF. Dengan ini, saya mengenali organisasi pelajar Malaysia di Perancis ini dengan mendalam melalui aspirasi dan visi-visinya.

 

Penglibatan saya dalam bahagian pengurusan ini bukanlah kali pertama kerana saya merupakan bendahari untuk Pre-France 11 2012/2014 dan ini menjadi batu loncatan kepada saya untuk bertanding pada kali ini.

 

Selain meneliti buku akaun MASAF, merancang kewangan dan peruntukan bajet aktiviti, berikut merupakan fokus-fokus lain saya jika saya terpilih menjadi bendahari :

 

  1. MENGUMPULKAN DANA
  • Mendapatkan sumber dari organisasi ilmiah seperti Education Malaysia (EM) yang berpusat di UK, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Belia & Sukan dan IM4U.

 

  • Mendekati badan korporat seperti Petronas, Proton, Perodua dan Telekom Malaysia (TM) menerusi ‘social responsibility’ yang sedia ada dalam dasar mereka.
  • Social responsibility adalah satu komitmen yang wajib kepada syarikat-syarikat yang besar untuk membantu komuniti di sekeliling dalam membentuk modal insan yang cemerlang.

 

  • Mendapatkan dana tambahan daripada organisasi Perancis-Malaysia yang bertapak, sama ada di Perancis mahupun di Malaysia, seperti Technip, Airbus Helicopters Malaysia, Vinci dan Colas.

 

  • Mendapatkan bantuan kewangan daripada bank-bank tempatan Perancis dimana para pelajar Malaysia yang baharu tiba membuka akaun.
  • Logo-logo bank penaja akan dipamerkan di baju dan banner/poster acara berkaitan sebagai tanda penghargaan tajaan.
  • Meneruskan penggunaan servis daripada bank-bank ini dengan membuka akaun disitu.

 

  • Mendapatkan kelangsungan bantuan kewangan daripada penaja utama pelajar-pelajar di Perancis : JPA dan MARA.

 

 

 

 

 

 

  1. PERLAKSANAAN SISTEM DUIT SIMPAN
  • Sistem ini membantu dalam mengurangkan impak kekurangan bajet dan kes-kes tertentu seperti kematian ahli keluarga pelajar atau kemalangan pelajar.

 

  • Ia akan menjadi dana tambahan kepada acara besar seperti MASAF Games dan Graduation Day setelah diteliti bajet yang diperuntukkan pada awalnya tidak mencukupi.

 

  • Dana akan disimpan, ditambah dan tidak boleh digunakan untuk kes-kes terpencil.

 

  • Sumber dana ini adalah daripada bajet tahunan dan 5%-10% daripada setiap dana yang diperolehi dari sumber luar.
  • Sumber luar disini bermaksud, sumber yang menaja aktiviti-aktiviti MASAF.

 

 

 

  1. MERANGKA SISTEM SUBSIDI DALAM PERLEMBAGAAN MASAF
  • Sistem ini adalah satu garis panduan untuk membantu pihak HICOM mengambil keputusan dalam pemberian subsidi kepada peserta/AJK tertentu dengan syarat yang tertentu dan pada acara yang tertentu.

 

  • Ini juga akan memudahkan HICOM MASAF pada masa hadapan menangani isu kadar subsidi yang wajar diberikan dengan merujuk sistem subsidi ini.

 

 

 

  1. MENGANJURKAN SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN, PELABURAN DAN KEUSAHAWANAN
  • Langkah ini merupakan salah satu inisiatif untuk mendedahkan para pelajar kepada teknik untuk mengurus kewangan secara efektif dan telus.

 

  • Selain itu, ia membolehkan para pelajar menimba ilmu entrepreneur dan membantu dalam membangunkan syarikat perusahaan sendiri – startup.

 

 

 

  1. AUDIT TAHUNAN DAN LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN
  • Dalan memastikan pengurusan buku rekod kewangan yang telus, cekap dan betul, audit akan dilakukan setiap tahun oleh badan berkuasa seperti Kedutaan Malaysia di Perancis.

 

  • Seperti audit, laporan kewangan tahunan juga akan dilangsungkan supaya integriti MASAF sentiasa dijamin.

 

 

 

  1. MENGURANGKAN BEBAN PELAJAR DARI SEGI KEWANGAN
  • Mengelola aktiviti dengan caj yang minimum yang tidak membebankan para peserta.

 

  • Menyediakan atau mencadangkan tempat tinggal yang murah kepada para peserta untuk aktiviti berbentuk kem misalnya.

 

  • Menyediakan jamuan berat/ringan untuk acara yang tertentu.

 

 

Dengan fokus-fokus yang saya kemukakan ini, saya berharap agar anda semua memahami visi yang saya ada untuk MASAF dalam memperkukuhkan lagi organisasi ini.

 

It makes cents!

 

Sekian, terima kasih.

 

Mohd Ainol Fhatah BIN ABDUL WAHAB

Pelajar tahun ke-2

Réseaux et Télécommunications

IUT Nice Sophia Antipolis

 

Calon Bendahari MASAF 2016/2017