Lost Passport

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT
Sekiranya anda / kenalan anda kehilangan passport semasa berkunjung ke Perancis, anda boleh mendapatkan Emergency Certificate di Kedutaan dengan membawa bersama:-
1. Laporan polis berhubung kehilangan passport
2. Gambar berukuran passport – 2 keping
3. Apa-apa dokumen pengenalan diri Malaysia sebab bukti anda rakyat Malaysia.
4. Tiket kapal terbang (atau dokumen perjalanan yang membuktikan perjalanan balik ke Malaysia)
5. Bayaran pemprosesan dokumen sebanyak EUR11.00
No telefon KBM Paris : +331 45 53 11 85
No telefon pegawai bertugas : +336 32 60 61 84 (selepas waktu pejabat / cuti hujung minggu / cuti umum)
Alamat kedutaan : 2bis rue Benouville, 75116 Paris. Metro line 2, stesen Porte Dauphine
Nota penting:
1. Senarai dokumen yang diperlukan adalah ‘standard’ sekiranya kehilangan berlaku di negara-negara lain juga. Sila simpan no telefon dan alamat Kedutaan Malaysia di mana-mana negara yang sedang / ingin anda lawati.
2. Sila amalkan langkah berjaga-jaga pada setiap masa dengan memastikan keselamatan diri dan barangan anda / kenalan anda.

*Sumber Pegawai Kedutaan Malaysia di Perancis


Enjoy this blog? Please spread the word :)