Pada 1 dan 2 Ogos lalu, MASAF telah menyertai sebuah simposium yang dikenali sebagai The Malaysian Student’s Global Policy Symposium (GPS). Program ini telah diadakan di Universiti Sunway. Acara ini telah diwujudkan dengan kerjasama antara 12 persatuan pelajar yang mewakili pelajar malaysia yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi di seluruh pelusuk dunia, termasuk di Malaysia. Antara persatuan pelajar yang menyertai perhimpunan ini, selain MASAF, ialah ICMS, MASCA (Australia), US EPIC, MPMMJ (Jordan), MPPK (Malaysia) , MSAJ (Jepun), NAMSA (North America) , Perubatan (Mesir), PKPMI (Indonesia), PPMK (Korea Selatan), UKEC (UK dan Ireland). Program ini mempunyai 4 objektif utama iaitu memacu negara ke hadapan (Driving the nation forward), Membangunkan rakyat malaysia (Developing Malaysians), Menghubungkan dan merapatkan rakyat Malaysia (Bringing Malaysians Together) , Menggalakkan kolaborasi dan kerjasama antara Badan Perwakilan Pelajar (Promoting Collaboration amongst the students council). Program ini telah dirasmikan oleh YB.P Kamalanathan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

      Antara pembentangan dan usul yang dibahaskan dan dibincangkan pada hari pertama ialah (rujuk sini). Tiga pelajar telah mewakili MASAF dan telah membentangkan usul Polisi Pendidikan Tinggi : Memformulasikan pendedahan awal industry (Higher Education Policy : Reformulating Initial Industrial Exposure)

      Pada hari kedua, sesi dialog telah diadakan dengan membawa tema : Road to High Income Nation. Antara panelis-panelis yang hadir ialah YB Senator Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, Tan Sri Ramon Navaratnam, dan HRH Tunku ‘Abidin Muhriz. Para mahasiswa diberi peluang untuk mengutarakan pandangan dan soalan sepanjang sesi dialog ini. Para mahasiswa juga berpeluang untuk bertanya dan memberi pandangan mengenai isu semasa yang berkaitan dengan mahasiswa dan belia di dalam sesi 30 minit bersama Dato’ Seri Wahid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

   Program selama 2 hari ini diakhiri dengan video yang dibarisi oleh ahli jawatankuasa tertinggi GPS bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dato’ Seri Najib.