MASAF, dengan kerjasama KBR (Kelab Bunga Raya) Perancis, mempersembahkan temasya sukan tahunan yang ditunggu-tunggu, MASAF European Games yang akan diadakan di Grenoble (Gymnase Belledone & Gymnase Chartreuse) pada 27 dan 28 April 2019. Penyertaan anda dari seluruh pelusuk Eropah amatlah dinanti-nantikan.

Sukan merupakan aktiviti fizikal  ataupun riadah bertujuan untuk keseronokan, pembangunan jati diri, kemahiran dan sebagainya.  

Setiap sukan memiliki peraturan- peraturan tertentu yang harus ditepati dalam usaha mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya. Sukan juga berperanan menjadi

Aktiviti sukan sangat berharga kerana menjadi medan untuk memupuk disiplin, menjalin perpaduan rakyat, mengukuhkan semangat bekerjasama dalam satu pasukan selain mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan peserta. Peserta sukan yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam beberapa aktiviti sukan seperti bola sepak negeri, pertandingan-pertandingan sukan di pelbagai peringkat serta perlawanan besar antara saudara-mara, sahabat-handai mahupun antara negara-negara dapat mengeratkan lagi persahabatan. Lantas,menjadi pemangkin perpaduan negara dan bangsa.

Objektif

  1. Membentuk generasi mahasiswa/mahasiswi yang holistik terutamanya melalui penglibatan dalam aktiviti sukan pada masa terluang
  2. Menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan peserta
  3. Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim sesama mahasiswa/mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Eropah

Baju

Pengangkutan & Penginapan