A DAY WITHOUT HUNGER | HARI TANPA LAPAR | UN JOUR SANS FAIM

Apakah sebenarnya HARI TANPA LAPAR dan apa yang patut kita lakukan pada hari tersebut ?

Diilhamkan oleh HARI TANPA LAPAR, sebuah NGO di Malaysia, ia adalah hari di mana kita menyediakan makanan (sama ada memasak atau membeli) untuk orang-orang gelandangan (homeless people atau ‘Sans Domicile Fixe’) di sekitar bandar/kawasan tempat tinggal kita.

Dengan kerjasama Malaysian Students’ Association France (MASAF) dan ARIF France, kami ingin menjemput sahabat-sahabat di Perancis mahupun di seluruh Eropah untuk menyertai aktiviti ini. Aktiviti ini adalah aktiviti sukarelawan dan juga pernah diadakan di Malaysia.

Objektif aktiviti ini adalah untuk mengingatkan sahabat-sahabat dan juga diri kami sendiri untuk bersyukur dengan apa yang kita ada, serta berfikir tentang orang yang lebih susah daripada kita. Pada musim sejuk ini, jom kita ringankan beban orang-orang yang susah yang berada dekat dengan kita. Selain itu, kami berharap program ini juga dapat menyatukan semua pelajar di Perancis, dan seterusnya pelajar-pelajar di seluruh Eropah.

Tarikh yang ditetapkan oleh NGO tersebut adalah pada 15 Disember setiap tahun. Walaubagaimanapun, setiap bandar boleh memilih tarikh yang bersesuaian dengan waktu lapang mereka, iaitu pada 6/7/13/14 Disember (hari minggu) atau mana-mana tarikh pada bulan Disember. Untuk mereka yang berminat, anda boleh mulakan promosi tentang program ini di bandar anda, ajak rakan-rakan untuk menyertai aktiviti ini. Di bawah adalah modus operandi yang kami cadangkan untuk hari tersebut:

1. Anda akan memasak atau membeli makanan yang akan diberikan kepada homeless/SDF.

2. Sementara itu, anda perlu menghantar beberapa pelajar sebagai ‘Scout’ untuk meninjau tempat yang terdapat homeless/SDF.

3. Bahagikan pelajar-pelajar yang berminat kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan akan bergerak ke kawasan berlainan, supaya kita dapat cover lebih kawasan untuk memberi makanan. Walaubagaimanapun, kalau anda memilih untuk bergerak sekali beramai-ramai pun tiada masalah.

4. Ketika program dijalankan, anda akan melantik seorang ‘Photographer’ untuk mengambil gambar & video untuk dihantar kepada NGO Hari Tanpa Lapar Malaysia (Kami sarankan anda bawa Jalur Gemilang bersama apabila program dijalankan).
Jadi, apa kata anda?

Kami mengucapkan selamat berjaya kepada semua rakan seperjuangan yang akan menyertai A DAY WITHOUT HUNGER ini. Semoga kita dapat menanam nilai-nilai humaniti dalam diri dan seterusnya seluruh masyarakat Malaysia.

Check out our previous video.