‘MASAF Annual Dinner’ merupakan aktiviti makan malam tahunan dan majlis berbuka puasa yang dilaksanakan oleh Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF). Majlis ini diadakan bertujuan meraikan para alumni dan pelajar-pelajar yang sedang dan bakal menuntut di Perancis. Disamping itu, majlis ini juga diadakan bertujuan untuk memantapkan hubungan dua hala diantara pihak alumni dan para graduan di Perancis.

photo (16)

Pada tahun ini, majlis ini telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Julai 2013 bertempat di Dewan Bakawali, Puri Pujangga UKM bermula pada jam 6.30 petang dan telah dihadiri oleh 179 peserta yang terdiri daripada bekas pelajar yang telah tamat belajar dan para pelajar yang masih menuntut di Perancis, pensyarah MFI berserta pelajar-pelajar persediaan Pre-france 11 dan Pre-France 12.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Presiden MASAF bagi sesi 2013/14, saudara Cyrill Janting dan disambung pula dengan beberapa pembentangan mengenai aktiviti-aktiviti tahunan MASAF yang telah diadakan pada tahun berikutnya. Seterusnya, para peseta telah dihidangkan dengan  menu yang  berkonsepkan ‘buffet’  terdiri daripada makanan warisan melayu seperti, satay, kerabu, mee kari, dan berbagai lagi. Tema pakaian pada majlis ini adalah formal. Majlis ini berakhir pada jam 9.30 malam dan diakhiri dengan sesi bergambar di antara para peserta yang terlibat.

photo (18)

Sebagai pihak penganjur, kami dari MASAF mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini. Kami juga berharap agar aktiviti seperti ini bakal menjadi aktiviti tahunan yang akan diadakan pada tahun-tahun berikutnya.

Leave a Reply