Bonjour dan Salam 1Malaysia,

Bersempena bulan Ramadhan ini, kami dari pihak MASAF akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Makan Malam Tahunan yang akan bertempat di Puri Pujangga UKM, Bangi pada 20hb Julai bermula pada jam 6 petang sehingga 9 malam.

ANNUAL DINNER

Program ini diilhamkan untuk mengeratkan hubungan antara para alumni yang telah tamat menuntut ilmu di Perancis dan para pelajar yang sedang menuntut di Perancis serta mewujudkan hubungan antara para pelajar dan golongan korporat. Selain itu, pihak alumni dapat berkongsi pengalaman dan nasihat dengan para graduan khususnya dalam bidang kerjaya. Tambahan pula, setakat ini persatuan alumni untuk pelajar-pelajar di Perancis(kumpulan pertama pelajar yang tiba di Perancis pada tahun 2000) masih belum wujud dan diharapkan majlis seperti ini bakal menjadi satu platform ke arah pelaksanaan persatuan seumpama ini demi menjaga kepentingan para pelajar dan alumni.

Pada tahun ini, pihak ahli jawatankuasa tertinggi MASAF berbesar hati untuk menganjurkan majlis berbuka puasa dan makan malam tahunan buat kali kedua setelah kali pertama dianjurkan pada tahun 2007. Selain itu, pihak MASAF berharap dapat mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti demi kebajikan para pelajar di Perancis.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://www.facebook.com/events/626455450697813/

Leave a Reply