Assalamualaikum Wmth. Wbth. et Bonjour a tous,
Saudara Abdul Hadi b. Azman,
Mantan Presiden MASAF 
( 2009 / 2010 dan 2010 / 2011 )
Saudara Muhammad Ashraf Salim,
Mantan Naib Presiden MASAF 
( 2009 / 2010 )

dan
Saudari Wan Zaireen Nisa Yahya,
Mantan Naib Presiden MASAF 
( 2010 / 2011 )
Saudara/i Mantan Presiden, Naib Presiden  dan Barisan Hi-Comm MASAF yang saya hormati sekalian,
Alhamdulillah.
Pertama-tamanya tahniah kerana berjaya menyempurnakan amanah dan tanggungjawab anda selaku Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis ( MASAF ) ini buat dua penggal berturut-turut ( 2009 / 2010 & 2010 / 2011 ) bersama kedua-dua barisan Hi-Comm yang amat tinggi dedikasinya dalam menjayakan setiap program yang telah dirancangkan demi manfaat para pelajar Malaysia di Perancis seluruhnya selaku stakeholder.
Justeru, di kesempatan terbaik ini izinkan saya bagi pihak warga kerja Pejabat PPL JPA Paris seluruhnya untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh pihak MASAF kepada pihak KBM Paris umumnya dan Pejabat PPL JPA Paris khususnya di sepanjang Saudara mengemudi bahtera MASAF di lautan Perancis yang penuh onak, ranjau dan duri ini demi kebaikan kita bersama di mana hasilnya adalah keberkatan pemuafakatan semua pihak berkepentingan yang jelas kelihatan di mana akhirnya para pelajar Malaysia di bumi Perancis jua yang mendapat manfaat terbaik dari sinergi pintar yang terjalin kini.
Saudara Abdul Hadi, menyingkap perkembangan awal MASAF dan membandingkannya dengan MASAF yang ada pada hari ini..tiada lain yang lebih menggembirakan bilamana melihatkan perkembangan anak-anak yang cepat bertatih dan mampu berlari dengan bimbingan terminimum dari orang tuanya; dan inilah analogy terbaik buat MASAF yang kini bukan sahaja dilihat mampu berlari namun memecut ke langit malah diyakini mampu memacu pembangunan negara yang bakal diwarisi pimpinannya suatu masa nanti oleh para pelajar Malaysia graduan bumi Perancis sekalian.
Tahniah jua buat Saudara Hannamalai CARUPAIYA selaku Presiden dan Saudara Jason Sin Wui TING selaku Naib Presiden dan barisan pimpinan baru MASAF 2011 / 2012 di atas kemenangan kalian dalam Pilihanraya MASAF 2011 / 2012 yang baru sahaja selesai. Yakin dan percayalah sesungguhnya setiap apa yang berlaku di dunia ini ada hikmah dan kebaikannya. Jangan dirisaukan sangat apa yang bakal mendatang; namun jangan pula alpa dengan kejayaan yang digapai pada hari ini; justeru buatlah yang terbaik di setiap kesempatan yang ada di hadapan mata di mana sukalah saya tegaskan di sini bahawa warga KBM Paris umumnya dan warga kerja Pejabat PPL JPA Paris khususnya akan memudahcara kalian semua sebaik mungkin; sebagaimana biasa.
Akhirkata, sepuluh jari saya dan seluruh warga Pejabat PPL JPA Paris dan ahli keluarga kami semuanya susunkan jika ada salah dan silap di sepanjang tempoh perhubungan yang sedia terjalin erat di antara kita sama ada secara profesional lagi rasmi mahupun tidak.
Sekian, Merci Beaucoup Hadi et Bonne Chance Hannamalai !
A Bientot !
” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
” JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM “

Saya yang menurut perintah, 
MOHD FARIS JAZLAN BIN RAMLI
Conseiller Education
Department de la Fonction Publique, Malaisie
Ambassade De Malaisie
2 Bis, Rue Benouville
75116 Paris

Counsellor 
Education
Public Service Department, 
Malaysia
Embassy of Malaysia

Leave a Reply