Salam 1malaysia kepada semua, Bermula dari 1 Jun 2013, barisan kepimpinan baru MASAF telah ditubuhkan berdasarkan keputusan pilihanraya MASAF yang telah dilangsungkan pada 26 Mei 2013. Barisan kepimpinan baru ini terdiri daripada :

Presiden : Cyril Janting Stell

Naib Presiden : Aamirulhasyimi Azizi bin Norzuhaimi

Setiausaha : Mohamad Hafiz Ismail

Bendahari : Mohd Syazwan Syafiqzi bin Mohd Fauzi

Ketua Biro Akademik : Meor Ahmad Qadri Bin Zahari

Ketua Biro Komunikasi & Kebajikan : Sivaraj a/l Rajagobal Reddy

Ketua Sidang Redaksi : Mohd Ashraf Bin Hamzah

Ketua Biro Sukan & Rekreasi : Fahmi bin Mohd Isa

 

Seterusnya kami telah melantik AJK untuk setiap bidang tertentu. AJK ini telah dilantik tanpa melalui proses pilihanraya :

AJK Program bagi Biro Pendidikan & Karier

Noorasma binti Sulaiman (Limoges)
Nik Mohammad Izzul Azfar Nik Razali (Aix)

AJK Editorial Board bagi Sidang Redaksi 

Justin Lim Jia Tian (Lyon)
Adam Abdullah (Aix)

AJK Program bagi Biro Sukan & Rekreasi

Muhammad Fazmir Hazuwan Bin Mohamad Yusoff (Lyon)
Nurul Fadhilah Matasan (Rennes)

AJK Biro Komunikasi & Kebajikan

Diing Shiang Wong (Aix)
Shafiq Sukiman (Lille)

 

Selaku barisan baru dalam kepimpinan MASAF, kami akan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dalam merangka pendekatan dan langkah-langkah berkesan bagi menjaga kebajikan seluruh warga pelajar Malaysia di bumi Perancis. Selain daripada aktiviti tahunan seperti Eduation Talk, MASAF Games, MASAF Graduation Day dan lain-lain, kami juga akan berusaha untuk mengadakan aktiviti-aktiviti kecil yang dapat mendekatkan MASAF kepada para pelajar sekalian. Kami mengharapkan kerjasama daripada semua pelajar tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, budaya, geografi dan persatuan masing-masing untuk menjayakan segala aktiviti tersebut bagi mengeratkan hubungan baik sesama para pelajar dan mengukuhkan semangat 1Malaysia.

Semoga MASAF terus maju dalam membantu semua pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mahupun dalam membentuk jati diri bagi melahirkan insan yang berjaya dalam setiap aspek.

 

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply