Tanggal 13 Oktober yang lalu, pihak MASAF telah menerima jemputan rasmi dari pihak Nottingham Malaysian Society untuk menyertai Acara tahunan terbesar meraka iaitu Nottingham Malaysian Games 2012. Berikut adalah tempat dan waktu pertandingan tersebut bakal dilangsungkan :

Tarikh : 10 November 2012
Masa : 8am to 7pm
Medan utama : University of Nottingham, UK

Sila klik di sini untuk melayari laman web NMS bagi mengetahui sukan-sukan yang dipertandingkan, venue setiap acara serta yuran yang perlu disertakan.

Sehubungan dengan itu, pihak MASAF akan menghantar kontinjen sekiranya ada pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan yang disediakan. Para pelajar yang berminat boleh mendaftar di bawah MASAF. Sila klik di sini untuk mendaftar. (Pendaftaran adalah secara individu)

Diingatkan bahawa tarikh tutup pendaftaran adalah jumaat 19 Oktober 2012 dan kami hanya dibenarkan untuk menghantar satu pasukan sahaja untuk setiap acara. Bak kata pepatah siapa cepat, dia yang dapat.

Peringatan! Kos pergi-balik, makan minum serta keperluan peribadi peserta ditanggung oleh peserta sendiri. Tiada subsidi yang akan disediakan  😛

Leave a Reply