JSF

Sebagai langkah meningkatkan kesedaran para pelajar dan masyarakat awam terhadap kebajikan golongan gelandangan, pihak MASAF mengambil inisiatif menganjurkan “Journée Sans Faim” (JSF) di Perancis. Pada 12 September 2015, sebanyak 100 orang pelajar dari bandar-bandar seperti Lyon, Grenoble, Toulouse, Rennes, Besançon, St. Nazaire-Tours,Toulon, Nice, Aix, dan Belfort-Montbeliard telah menghulurkan bantuan melalui pengagihan pek-pek makanan dan juga keperluan mandian kepada golongan gelandangan di sekitar bandar masing-masing. Berbanding dengan tahun lepas, program JSF yang diadakan pada tahun ini melihatkan kolaborasi  bersama 1Malaysia For Youth (IM4U) buat julung kalinya. Pihak MASAF amat berbangga melihat masyarakat Malaysia yang bertimbang rasa terhadap warga gelandangan yang terpaksa tidur di tepi jalan ataupun mengemis semata-mata untuk mengisi perut yang lapar. Semoga para pelajar dapat meneruskan usaha dalam memainkan peranan bagi menjayakan program JSF pada tahun yang akan datang.

[fusion_builder_container hundred_percent=”yes” overflow=”visible”][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”no” center_content=”no” min_height=”none”][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]