Berakhirnya sudah acara tahunan MASAF yang dinanti-nantikan. Tahun ini kita menyaksikan MASAF Games diadakan dengan jayanya di Bandar Toulon pada 16 April yang lalu. Alhamdulillah, lebih daripada 150 peserta mendaftarkan diri membuatkan MASAF Games tahun ini adalah yang terbesar semenjak diadakan. Syabas kepada para peserta dan pemenang kerana mewarnai pengalaman pelajar-pelajar Malaysia di Perancis.

Semasa hari pertandingan,  langit membiru di Bandar Toulon, cuaca yang terbaik untuk memberikan setiap peserta pengalaman yang manis. Pada awal paginya, ketibaan para pelajar di Bangunan gimnas Universiti Toulon disusuli oleh  pendaftaran dan taklimat ringkas oleh krew MGT. 

 

Sukan pertama yang dipertandingkan untuk sesi pagi adalah Bola tampar, disusuli dengan futsal. Selepas rehat tengah hari, para peserta bergerak semula ke gimnas Universiti Toulon untuk acara Perseorangan badminton lelaki dan wanita serta bola keranjang lelaki dan wanita. Sesi petang diakhiri dengan permainan sukaneka.
Pada sesi malam, kita menyaksikan permainan boling dan laser quest dipertandingkan dengan permainan terakhir berakhir tepat pukul 12 malam. Suasana dimeriahkan lagi dengan perkhidmatan jualan nasi ayam dan laksa di luar kawasan permainan.
MASAF Games Toulon ditutup pada tengah hari ahad , selepas program Aqsa Syarif di Holiday Inn. Upacara diakhiri dengan penyampaian hadiah dan ucapan presiden MASAF, Abdul Hadi Azman.



Berikut adalah senarai acara dan pemenangnya.
Volleyball;
1.       Fireball Nice
2.       25 Besac
3.       Ketipang Payung
4.       Lady Nice
Futsal;
1.       IFC
2.       Aix7
3.       Cempaka Rosalinda Uun
Basketball (F)
1.       Sud Blaster
2.       Bisontine
3.       Girls Power
Basketball (M)
1.       Otaku
2.       Nice
3.       Liverpool
Badminton (F)
1.       Sofia
2.       Alia
3.       Fairuz & Nurul Nadhilah
Badminton (M)
1.       Anuar
2.       Hilmi
3.       Hairol
Sukaneka (M)
1.       Fendi
2.       Belasah aje
Sukaneka (F)
1.       Hot girls
2.       Girls Power
Laser Quest (M)
1.       Azzad Badzrey
2.       Qushairi
Laser Quest (F)
1.       Malihah Mohamad
2.       Roziatul Akma
3.       Hanis Liyana
Boling (M)
Emas: Yaacob, Shahreza, Anuar, Syahrulnizam, Afzul
Perak: Nazareth, Safwan, Farid, Omar, Zulfadzli
Gangsa: Ali Hassan Yussof, Ikhwan Ibrahim, Zahid, Fahmi, Qamarul
Boling (F)
Emas: Hani, farah Adila, Laila, Farah Azrin
Perak: Khadijah, Asma, Meime, Syakila
Gangsa: Siti Kamaliah, Aisha Zafirah, Nini, Emilia Hanis, Afifah Mahmud

 

Warga MASAF, Encik. Faris dan Encik Megat ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas setiap penglibatan para peserta dan berharap kita berjumpa kelak dalam acara-acara yang akan datang.
Jutaan terima kasih kepada warga Toulon dan MGT Crew yang bertungkus lumus bekerja menjayakan MASAF Games pada tahun ini.
A bientôt !

Leave a Reply