[RFG_gallery id=’1′]

Bangi , Selangor  –  Program FedX telah diadakan pada 25&26 Julai yang lalu di Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institute (UniKL MFI). Program dua hari satu malam tersebut menerima sambutan yang memberansangkan dari lebih 200 mahasiswa yang akan berangkat ke Perancis bagi menyambung pelajaran dalm jurusan masing-masing.

Para peserta yang menyertai program tersebut merupakan mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran samada dalam bidang Kejuruteraan, Sains Politik, Linguistik, Bisnes dan lain–lain. Program yang dianjurkan oleh Malaysian Student Association France ataupun MASAF telah dirasmikan oleh Dato’ Prof Dr. Mazliham. Ucapan alu-aluan dari presiden MASAF iaitu saudara Justin merupakan titik mula program tersebut. Seterusnya para peserta diberikan taklimat secara ringkas dari Malaysian France University Centre (MFUC) .

Selepas sesi taklimat berakir, para peserta diberikan sedikit gambaran warna- warni cabaran yang bakal dihadapi di Perancis oleh bekas mahasiswa yang telah menghabiskan pengajian mereka di Perancis. Panel-panel yang memberikan inspirasi dan pengalaman dalam sesi perkongsian yang bertemakan “Penerokaan Identiti Malaysia di Perancis” adalah saudara Mohammad Firdaus Juhari, saudari Aisha Zafirah Ahmad, dan saudara Wan Mohd Fazli bin Wan Yusoff. Antara input-input penting yang diberikan kepada para peserta merupakan kepentingan menguasai bahasa perancis, kepentingan dalam mempunyai sifat terbuka dan ingin tahu, dan tidak dilupakan nasihat agar tidak melupakan asal usul budaya Malaysia.

Menyusuli kehangatan sesi berkongsi pengalaman, program Latihan Dalam Kumpulan(LDK) turut diadakan bagi meningkatkan keberkesana program tersebut. Para peserta dibahagikan kedalam beberapa kumpulan kecil yang dikendalikan oleh ahasiswa yang sedang belaar di Perancis. Sesi ini diadakan agar para ppeserta mempunyai peluang yang lebih besar untuk menujukan soalan berkenaan pengalaman hidup di rantau asing. Program tersebut uga diadakan bagi mengeratkan hubungan antara peserta dan mahasiswa.

Setelah seharian menghadiri sesi perkongsian, satu malis jamuan diadakan bagi meraikan keberkesanan program ini dan diselitkan beberapa visi MASAF pada tahun ini sebagai medium antara pelajar .

Program FedX  melabuhkan tirainya pada 26 Julai 2015 selepas sesi bersama Dr Asyraf Wajdi Dusuki.