aidiladha

 

BESANCON

Disediakan oleh: Mohd Syazwan Syafiqzi Bin Mohd Fauzi, wakil Masaf Besançon

Objektif utama sambutan ini dijalankan adalah untuk meraikan Hari Raya AidilAdha bagi seluruh warga Malaysia yang tinggal di Besançon.Turut menjadi matlamat sambutan ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang baru tiba di Perancis awal Oktober lalu. Melalui majlis ini juga, diharapkan ia  menjadi medium bagi pelajar baru tiba dan yang lama untuk berkenalan dan berkongsi pengalaman.

Majlis sambutan ini merupakan anjuran bersama MASAF France(lokaliti Besançon) dan ARIF Besançon. Ia telah berlangsung pada 19 Oktober 2013,dan bertempat di dewan Residence de la Cassote. Seramai hampir 100 orang pelajar telah bersama-sama hadir pada majlis kali ini. Bertemakan perayaan hari raya, kebanyakkan pelajar yang hadir memakai pakaian tradisional masing-masing.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan kedatangan warga kerja PPL Paris, En Shahir Shaari dan Puan Jurina.  Perjalanan majlis dimulakan sekitar 3 petang dengan ucapan pembukaan dan bacaan doa oleh Muhammad Syazwan. Seterusnya, ia diteruskan dengan ucapan daripada wakil Masaf Besançon, Mohd Syazwan Syafiqzi, ucapan dari Presiden Arif, Muhammad Zulkhairi Roslan dan diakhiri dengan ucapan daripada En Shahir Shaari, selaku tetamu VIP.

Antara juadah yang disajikan sewaktu majlis ini adalah; sate, nasi impit, kuah lodeh, mee bandung kek dan pelbagai lagi sajian tradisional Malaysia. Kesemua makanan dimasak secara bergotong royong oleh semua pelajar.Sambutan berakhir pada jam 6 petang. Sebelum beredar, satu sesi fotografi telah dijalankan sebagai tanda kenang-kenangan.

 

PARIS

Disediakan oleh: Tan Jun Yen, Wakil Masaf Paris

Pada 20 Oktober 2013, MASAF melalui inisiatif wakilnya di bandar Paris telah menganjurkan sambutan Hari Raya AidilAdha secara kecil-kecilan. Majlis telah berlangsung di sebuah restoran itali, LeTaliani yang terletak dalam daerah ke-11, Paris. Seramai 12 orang telah hadir memeriahkan sambutan tersebut, temasuk  warga Malaysia yang bekerja di Paris(En. Faris, En Kamil, dan En Karin). Turut sama hadir, 2 orang warga Brunei. Sambutan bermula jam 7 petang dan berakhir kira-kira jam 11 malam. Jumlah perbelanjaan majlis adalah sebanyak 196,60 euros. Pihak Masaf telah memberi bantuan sebanyak 60 euro. Jumlah selebihnya ditanggung sendiri oleh pelajar.

 

LA ROCHELLE

Disediakan oleh: Mohd Farid Razali, Wakil Masaf  La Rochelle

OBJEKTIF

–       Sambutan Hari Raya AidilAdha dan memelihara ukhuwah yang sedia ada sesama pelajar Malaysia di La Rochelle.

  • Nama penganjur : Mohd Farid Razali (Wakil Masaf di La Rochelle)
  • Tempat : Bilik no 71 (Nurul Ida dari Premaster2)
  • Masa :
    • 19h-23h (14/10/2013)
    • 20h-23h (15/10/2013)
  • Jumlah kedatangan : 13 orang
  • Pakaian : Tradisional melayu (baju melayu dan baju kurung)

 

I.4 MONTPELLIER

Disediakan oleh : Aizat BIN HASHIM, Wakil Masaf Montpellier

Pada hari Sabtu, 19/10/2013, saya, Aizat Hashim sebagai wakil bandar Montpellier telah mengadakan jamuan sempena menyambut Hari Raya Haji 1434H. Jamuan ini telah diadakan dirumah Mira, seorang pelajar L2 Geologi di UM2 (Université Montpellier 2) dan majlis ini telah diraikan bersama 6 orang (termasuk saya) pelajar Malaysia. Memandangkan bilangan pelajar Malaysia di Montpellier tidak begitu ramai, kami telah mengadakan gathering kecil-kecilan dan dengan majlis ini, kami berkesempatan berkenalan dengan 2 orang pelajar yg baru tiba di Montpellier untuk melanjutkan pembelajaran mereka. Mereka adalah Nurfatrina bt Hamdan, pelajar M1 Biologist di UM2 dan Khai K. Cheong, pelajar PhD dibawah tajaan sendiri. Kami mula berkumpul dirumah Mira pada jam 1pm dan menyiapkan juadah bersama-sama. Jamuan bermula dari pukul 5.30pm dan berakhir pada pkl 9.30pm. Aktiviti kami telah berjalan dengan baik sekali & dengan aktiviti sedemikian kami dapat kumpul bersama dan mengeratkan lagi hubungan antara warga Malaysia di bandar Montpellier.

 

MARSEILLE, AIX EN PROVENCE DAN TOULON

Disediakan oleh : Amir Zamri, wakil Masaf Aix en Provence

Dengan sukacitanya saya melaporkan Sambutan Hari Raya AidilAdha yang telah dilaksanakan pada 19/10/2013 di Parc Merlan, Marseille berjalan dengan jayanya.

Majlis tersebut telah disertai oleh 45 orang pelajar yang tinggal di Toulon, Aix, dan Marseille. Majlis dimulakan pada pukul 3 petang oleh Muhammad Syauqi Saifudin sebagai pengerusi majlis. Diteruskan dengan ucapan Selamat Hari Raya daripada wakil ARIF dan MASAF. Majlis Bersurai pada pukul 6 petang.

Antara Menu yang disediakan :

–       Rendang Tuk
–       Ayam Masak Kurma
–       Paceri Nenas
–       Poulet Rôti
–       Pudding Roti

Aktiviti diteruskan pada sebelah malam. Kami telah menyewa 2 padang Futsal untuk 2 jam setiap satu. Dihadiri oleh 30 orang pelajar yang telah menunjukkan persaingan sihat dan semangat kesukanan yang tinggi.

 

LYON

Disediakan oleh : Hafiz Ismail, wakil Masaf Lyon

Objektif majlis: Majlis ini diadakan sebagai menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha dan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar Malaysia di Lyon.

Tempat: Kediaman saudara Arif Farhan dan Mohd Fitri di 28 Rue de Venise, 69100 Villeurbanne
Masa: 13h30-17h00
Jumlah kedatangan: 25 orang

Kos perbelanjaan: masih dalam perkiraan oleh pihak penganjur. Kos perbelanjaan turut ditaja oleh pihak ARIF Lyon. Walaubagaimanapun, peruntukan yang diberi Masaf, sebanyak 30 euros telah dibelanjakan untuk membeli bahan-bahan masakan.

Perjalanan majlis: Majlis dimulakan dengan sesi perkenalan antara warga Lyon ( yang baru dan yang lama) disertakan dengan sesi perbincangan mengenai kehidupan di Lyon. Kemudian, para hadirin menjamu selera sehingga jam 16h00. Tepat jam 17h00 pelajar lelaki bermain futsal di padang berhampiran.

 

Grenoble

Disediakan oleh :Jeremy, wakil Masaf Grenoble

Pada 19 Oktober yang lalu, kami, pelajar-pelajar di Grenoble telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya AidilAdha. Majlis ini merupakan anjuran bersama ARIF Grenoble, MASAF Grenoble dan UMNO France. Majlis ini telah diadakan di kediaman saudara Haiqal. Seramai 20 orang telah menghadiri majlis ini.Majlis bermula pada jam 2 petang, dan berakhir kira-kira pukul 6 petang. Peruntukan perbelanjaan Masaf telah diguna sepenuhnya dalam majlis ini.

 

LILLE

Disediakan oleh : Shafiq Sukiman, wakil Masaf Lille

Sambutan Hari Raya Haji yang berlangsung pada hari Sabtu 19/10/2013 di Lille bertujuan untuk mengumpul semua warga Lillois sama ada yang sedang belajar ataupun yang sudah bekerja. Ia juga bertujuan menggamit kembali suasana Hari Raya Haji yang sudah lama kami tidak rasai yang biasanya disambut bersama sanak saudara juga rakan dan taulan. Pada asalnya majlis disediakan untuk 15 orang tetapi ada 3 orang tetamu yang datang dari London dan Brussels. Majlis bermula sekitar 7 petang dan berakhir pada 11malam dan semua pulang dengan perut yang penuh dan hati yang girang. Pada asalnya kami ingin menjemput pelajar dari Amiens dan Béthune tetapi dibatalkan kerana tiada tempat yang dapat memuatkan semua tanpa disewa terlebih dahulu. Tetapi kesimpulannya semua dapat bergembira dan dapat bertukar cerita sesama rakan.

 

NICE

Disediakan oleh : Isham Bin Ahmad Suhaimi, Wakil Masaf Nice

Pada Hari Sabtu 19/10/2013, Masaf telah mengadakan majlis sambutan Raya Haji di Nice melalui wakil bandar di Nice. Dengan kerjasama Arif dan Umno, kami membuat jamuan makan di rumah salah seorang pelajar di sini. Kira-kira 40 orang pelajar telah hadir ke majlis. Objektif tercapai dengan merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara pelajar-pelajar Malaysia. Semua pelajar dapat menyambut perayaan nasional di perantauan. Terima kasih kepada Masaf dengan memberi peluang untuk meraikan sambutan ini. Kami berharap pihak Masaf akan mengadakan lagi program seperti ini pada masa yang akan datang.

 

 

Leave a Reply