Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali, saya meluahkan rasa syukur saya kerana diberi peluang untuk menjadi calon umum pilihan anda bagi jawatan Setiausaha MASAF sesi 2018/2019. Sebagai ahli jawatankuasa biro akademik sesi 2017/2018, saya banyak diberi peluang untuk membantu dalam memudahkan kelancaran acara yang di anjurkan oleh pihak MASAF,antaranya ialah :

a) dengan menjadi ahli jawatankuasa EduTalk yang dijalankan di Tours pada awal tahun ini ( penghasilan poster)

b) membantu dalam menyediakan surat surat rasmi permohonan dana utk masaf graduation day

c) membantu menyediakan teks ucapan duta serta menjadi juruacara majlis bagi Masaf Graduation Day yang akan dilangsungkan 30 Jun ini

d) Saya juga diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab ketua First Aid untuk Masaf Games 2018 yang di anjurkan di Nice baru baru ini.

Saya sangat menghargai waktu saya di dalam MASAF dan saya bersyukur jika diberi peluang itu sekali lagi. Sejujurnya masih banyak lagi yang perlu saya pelajari daripada MASAF,sebab itu saya tidak berhasrat membuat manifesto setebal 15 muka surat, cukuplah sekadar berjanji bahawa saya akan membantu urusan dalaman dan luar MASAF, penghasilan surat surat rasmi,serta menyokong biro biro lain di dalam MASAF,atau dalam kata mudah nya, SU yang FUNCTION la. In Sha Allah anda tidak akan mendengar masalah” surat tak siap sebab azran tak buat kerja”, In Sha Allah tidak. Jadi,tengok nama azran dekat ruangan undi ketik lah kat situ,mudah saja.

MOHAMMAD AZRAN, WILLING TO SERVE