Salam and bonjour.
Saya, Clarice Annabelle, seorang pelajar yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana
muda tahun kedua saya di Grenoble Ecole de Management, Grenoble. Saya berhasrat untuk
bertanding sebagai Ketua Biro Komunikasi, salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar untuk MASAF bagi sesi 2018/2019.
Sebagai salah seorang ahli biro komunikasi bagi sesi 2017/2018, ia merupakan satu
pengalaman yang saya amat hargai. Pengalaman tersebut telah membantu saya menyedari
kepentingan komunikasi bukan sahaja untuk MASAF, tetapi juga dalam hidup seharian kita. Dengan
satu perkataan sahaja, ianya mampu menimbulkan kekecohan; dengan satu perkataan sahaja ianya
mampu memusnahkan hubungan yang pernah sekali amat erat. Namun begitu juga, dengan satu
perkataan sahaja, ianya mampu membawa senyuman kepada seseorang; dengan satu interaksi
sahaja, ianya mampu mengubah hidup seseorang. Itulah sebab saya percaya mengapa komunikasi
amat penting terutamanya untuk sesebuah persatuan, baik secara dalaman atau luaran. Saya ingin
menjadi seseorang yang akan wujud dan berperanan untuk setiap aktiviti MASAF, untuk memastikan
setiap pertukaran maklumat disampaikan secara jelas kepada semua pelajar, dan juga setiap
jawatankuasa MASAF yang terbabit dengan akitiviti-aktiviti yang dijalankan.
Sebagai seorang manusia biasa, saya tidak mampu untuk menjanjikan kesempurnaan. Saya
berharap jika diberi peluang untuk meneruskan perjalanan bersama MASAF melalui jawatan ini, saya
akan berusaha sedaya upaya serta memberikan komitmen saya yang tertinggi demi memastikan biro
ini sentiasa berfungsi dengan lancar, di samping mengambil tunjuk ajar daripada kesilapan yang lalu
atau yang bakal datang untuk tidak mengulanginya lagi.

I am Clarice Annabelle, currently doing my 2 nd year of Bachelor’s in International Business in
Grenoble Ecole de Management, Grenoble. I am running for the position of Director of
Communications Bureau for Malaysian Students’ in France (MASAF)’s 2018/2019 term.
Being a member of the Communications bureau for 2017/2018, it has been a great pleasure
to work with the team. I have seen and understood how communication is very well important not
just in MASAF, but also in our day to day life. It is a very basic human skill, yet without it we would be
just.. empty. With just a simple word used in a sentence it could cause some serious chaos. With just
the wrong tone of a sentence it could rip a relationship apart. But it could also be the total opposite..
With just a word, it could make a person’s day. With just a simple conversation, it could change a
person’s life, for the better or worse. Which is why I think communication is fairly important,
especially for an association, internally and externally. I would like to be the person who will be
present throughout MASAF activities, ensuring that all exchange of information be well
communicated to students, and also to MASAF committees who are involved with the activities.
As a normal human being, I could not promise perfection. I am still definitely learning in this
journey with MASAF, and I would like to continue learning whilst being in the position of Director of
Communications Bureau, if given the opportunity. I can, however, promise effort and commitment. I
will dedicate myself to ensure the effectiveness of the bureau while learning from mistakes
alongside my team members.
Thank you very much.