Salam dan bonjour,

Nama diberi Muhammad Hadi Bin Anuar dari Ecole Nationale d’Ingénieur de Metz. Merupakan pelajar tahun ketiga dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan setelah dua tahun menimba pengalaman dan berkhidmat sebagai AJK Biro Sukan MASAF, saya berpendapat bahawa saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Biro Sukan dan Rekreasi bagi sesi 2018/2019. Berikut merupakan manifesto saya :

1) Menubuhkan kelab untuk sukan-sukan tertentu supaya boleh mewakili France ke acara sukan luar negara (bola sepak, ragbi, netball etc).

2) Mengekalkan dan menambahbaik acara-acara sukan tahunan seperti Regional Games, e-sports, Winter Games dan Masaf Games.

3) Mempromosikan gaya hidup sihat dan minda cerdas melalui kempen di media sosial

Akhir kata, kesihatan jasmani merupakan salah satu faktor penyumbang untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Oleh yang demikian, besarlah harapan saya sekiranya diberi peluang untuk menjadi Pengarah Biro Sukan MASAF untuk berjaya memupuk semangat cintakan sukan dalam diri setiap pelajar Malaysia di Perancis sekaligus membentuk pasukan yang boleh mewakili pelajar Malaysia di Perancis di peringkat antarabangsa.