Seperti tahun-tahun sebelumnya, MASAF sekali lagi pada tahun ini telah berjaya menganjurkan “MFI EduTalk 2013” pada 20 Julai baru-baru ini, bertempat di Malaysia France Institute (MFI) yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Pre-France 11 (PF11) dan juga Pre-France 12 (PF12) sebagai peserta. Kehadiran para pelajar yang sedang menuntut di Perancis, mahupun yang telah graduate, telah memeriahkan lagi majlis ini.

edutalk MFI 1

Prof. Dr. Mazliham, Pn. Asma dan Saudara Hakim Luqman

 Program telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Mazliham Mohd Su’ud, selaku Presiden UniKL yang mana, beliau merupakan salah seorang pengasas program persediaan Pre-France. Turut hadir, AP Abu Hassan, selaku section head of France Collaboration Program. Ucapan ringkas dan pengenalan MASAF telah dibentangkan oleh Cyril Janting, Presiden MASAF dan disambung pula pembentangan “Kehidupan Pelajar di Perancis” oleh Timbalan Presiden MASAF , Aamirulhasyimi Azizi.

Konsep MFI EduTalk 2013 kali ini menampakkan kelainan dengan penganjuran Forum “Formation en IUT et Poursuite d’études : école d’ingénieur or fac?” oleh para panelis yang mempunyai latar belakang pengajian yang berbeza. Ahli panel pertama, Shaiful Hakim, pensyarah di UMP dan juga bekas penuntut di Université Paris Ouest La Defense, Nanterre. Panelis kedua, Hakim Luqman, pelajar di Nice. Panelis ketiga, Habib Mukmin, jurutera di Technip Malaysia,. Dan ahli panel yang terakhir, Azim Firdaus Muhd Noor, penuntut di Lyon, yang dahulunya belajar di Toulouse. Forum dikendalikan oleh Meor Ahmad Qadri, HICOM MASAF selaku moderator. Para-peserta tidak segan silu mengajukan pelbagai jenis soalan kepada para panelis, samada yang berkaitan dengan pelajaran mahupun alam pekerjaan.

Bengkel Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga telah di lakukan pada sesi petang, dimana perkongsian pengalaman dan ilmu berlaku diantara para peserta dan senior-senior yang menuntut di Perancis, samada program Pre-France, Sfere dan juga pendidikan. Perbincangan berkisarkan tentang pengalaman belajar, cabaran yang bakal dihadapi serta tips-tips untuk berjaya di Perancis.

sesi perkongsian pengalaman

Terima kasih diucapkan kepada para peserta, para panelis jemputan dan semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan MFI EduTalk 2013. Dan kepada PF11, semoga bertemu lagi di Perancis pada April tahun hadapan.

Laporan disediakan oleh.

Nik Mohd Izzul Azfar

AJK Biro Akedemik dan Karrier 2013/2014

Leave a Reply