Bonjour, Assalamualikum dan Salam 1Malaysia,

Bersempena dengan kedatangan pelajar-pelajar baru FP14, MASAF akan menganjurkan suatu program perkongsian ilmu/pengalaman iaitu MASAF Edutalk yg akan berlangsung pada 6 Julai 2013 bertempat di IUT Tours. Program ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta mengeratkan silaturrahim antara para pelajar di Perancis.

Idea pelaksanaan program motivasi ini tercetus melalui pengalaman yang dialami oleh para pelajar persediaan sebelum ini tatkala pertama kali berada di bumi asing. Masalah penyesuaian dengan persekitaran pembelajaran dan budaya masyarakat Perancis yang jauh berbeza dengan tanah air menjadi isu utama program ini. Justeru, pihak MASAF optimis untuk membantu para pelajar persediaan dalam menempuh cabaran ini.

Berikut adalah tentatif program yang akan berlangsung :

  • 0900 : Ucapan perasmian En Armel BRUNO, Pegawai SFERE
    Ucapan pendahuluan dan taklimat program
  • 1000 : Sistem pendidikan dan cara hidup di Perancis
  • 1200 : Makan tengahari
  • 1300 : Perkongsian pengalaman
  • 1430 : Ucapan penutup oleh Encik Shahir Shaari, PPL Paris
  • 1500 : Tamat program

1053138_10200702101928504_1496569819_o

Leave a Reply