Ribuan terima kasih dirakamkan kepada para pelajar Malaysia di Perancis yang telah menjayakan MEG 2019 dengan gemilang selama 2 hari di Grenoble, Perancis. Tidak terlupa juga kontinjen dari Jerman yang sanggup menyertai sukan terbesar di Perancis tanpa mengira masa dan tenaga.

Kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap dari pihak kami. Jika diberi peluang, kami berhasrat untuk mengekalkan apa yang baik dan membaiki apa yang buruk. Dengan itu, kami menjemput anda untuk mengisi borang maklum balas MEG 2019 agar qualiti program-program MASAF yang akan datang dapat dipertingkatkan.