Saat yang dinanti-nantikan telahpun tiba!

MASAF, dengan kolaborasi KBR, mempersembahkan temasya sukan tahunan yang ditunggu-tunggu, MASAF European Games yang akan diadakan di Grenoble pada 27 dan 28 April 2019. Penyertaan anda dari seluruh pelusuk Eropah amatlah dinanti-nantikan.

Jadi, kami menunggu anda, dengan tangan terbuka dan hati penuh girang untuk datang memeriahkan temasya ini!

Bagi pihak penganjur MASAF European Games, kami ingin menyeru sukarelawan/sukarelawati yang berminat untuk menyumbang tenaga dan khidmat bakti dalam menjayakan temasya ini. Pendaftaran kini dibuka untuk para sukarelawan dan sukarelawati.