SEMINGGU lagi sebelum Hari Raya! SEMINGGU juga lagi sebelum tarikh tutup penyertaan pertandingan ini!

Penyertaan telah dipanjangkan ke akhir Ramadhan iaitu 27 JULAI 2014 (Kalendar Masihi) iaitu bersamaan 29 RAMADHAN (Kalendar Hijriah).

Anda boleh menghantarkan foto anda disertakan dengan nama, bandar dan ucapan anda, melalui Instagram dengan meletakkan tag ‘@masafrance’ pada foto dan hashtag: #masafrance #SalamPerantauan. Setiap penyertaan gambar perlulah diemailkan kepada masaf.info@gmail.com untuk diletakkan di dalam Facebook MASAFrance.com.

PERHATIAN: Penyertaan yang telah dihantar ke lagenda@masafrance.com perlulah dihantar semula ke masaf.info@gmail.com atas masalah teknikal. Segala kesulitan amat dikesali.

Terdapat 3 kategori pemenang dan hadiah, iaitu:

-Johan Keseluruhan: Hadiah 100 €, pemenang akan diadili mengikut:
-50%: Bilangan ‘Like’
-25%: Dinilai oleh juri foto.
-25%: Dinilai mengikut ucapan.
-Pilihan Ramai (‘LIKE’ terbanyak) = Hadiah 30 €
-Pilihan Juri (dipilih oleh juri-juri professional) = Hadiah 30 €

Syarat-syarat pertandingan:
-Foto mestilah bertepatan dengan tema iaitu ‘Salam Perantauan’.
-Terbuka kepada semua rakyat Malaysia di Perancis.
-Anda boleh menghantar 2 penyertaan maksimum.
-Slogan dan ucapan perlulah bersesuaian dengan tema.
-Gambar yang dihantar akan menjadi hak milik MASAF.

Leave a Reply