Sebuah jamuan makan tengahari telah diadakan pada 7 Oktober 2018 bersama YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia bertujuan untuk menyambut kedatangan beliau ke Perancis.

12 orang pelajar Malaysia telah menghadiri jamuan tersebut di Paris. Turut hadir dalam jamuan tengahari ini ialah warga Malaysia yang menetap dan bekerja di Paris.

Di kesempatan ini, MASAF ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dr. Maszlee Malek kerana telah sudi meluangkan masa bersama kami dan juga kepada Perwakilan Tetap Malaysia ke UNESCO, Paris atas jemputan ke jamuan ini. Diharapkan para pelajar yang telah hadir turut mengambil teladan daripada beliau serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.