Assalamualaikum wbt , Bonjour dan Selamat Sejahtera semua,

Sebagaimana maklum, pada 11 Mac 2011 yang lepas, telah berlakunya satu tragedi yang menimpa rakyat Jepun khususnya atas kejadian Gempa bumi dan Tsunami terbesar yang melanda negara matahari terbit itu. Terkini gempa bumi itu direkodkan pada 9.0 skala Richter menjadikan Jepun ditangga kelima mengalami gempa bumi terbesar sejak tahun 1900. Gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Hampir 300 ribu orang dilaporkan menjadi mangsa dan dianggarkan Jepun mengalami kerugian sebanyak $180 billion akibat bencana alam berkenaan.

Bencana alam adalah satu tragedi yang tidak dapat dielakkan dan semestinya seluruh dunia merasai kesedihan yang mengalami rakyat Jepun waktu ini untuk meneruskan hidup selepas berlakunya Tsunami. Apa yang boleh kita bantu selain menghulurkan secebis bantuan keinsanan kepada mereka.

Sehubungan dengan itu, AMIR selaku salah satu pertubuhan pelajar Malaysia di Jepun memohon jasa baik MASAF sebagai wakil rasmi bagi melancarkan Derma Kilat Bencana Jepun di Perancis.

Link AMIR Jepun :

Nice : Hannamalai
Toulouse : Ali Hassan
Metz : Ali Hanafiah
Strasbourg : Azreen
Amiens : Hanif Zaki
Paris : Jason Ting
Orléans : Muhammad Zyarif
Grenoble : Ridhuan
Compiegne: Azri
Rennes : Syarifuddin Sudirman
Toulon : Emilia Hanis Ahmad Nizar

(Bagi lokaliti yang masih belum tersenarai, dan jika anda mahu menawarkan diri untuk menjadi wakil kutipan, sila hubungi kami di masaf masaf.info@gmail.com untuk keterangan lanjut.)

Bagi yang ingin menderma terus melalui akaun, anda boleh mengirimkan derma anda ke nombor RIB : 30002086000000398362D61( Syazwan Zafwan ) dan pastikan anda meletakksan tajuk “Derma Jepun “

Bantuan yang disalurkan kepada MASAF akan diserahkan kepada AMIR Jepun pada akhir bulan April bagi membantu warga Jepun dan warga Malaysia yang terjejas di sana akibat Tsunami, terutamanya untuk wilayah Tohoku/Sendai dan sekitarnya.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama membantu mereka yang berada dalam kesusahan di Jepun ini dalam menyahut isu kemanusiaan masyarakat antarabangsa. Biarpun bantuan yang dihulurkan mungkin masih belum mampu untuk menampung kerugian akibat Tsunami, namun bantuan ini sememangnya sangat bermakna untuk mereka meneruskan semula kehidupan sebagaimana biasa. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Keprihatinan anda, harapan mereka…


“Japan, Stay Strong…
 Your support is their hope…”
Akhir sekali , sila ke link berikut untuk video promosi Tabung Kemanusiaan Masaf 2011:

http://www.youtube.com/watch?v=ID_jxhW85DI dan

http://www.youtube.com/watch?v=aMDR0EZ5koM

Sekian, terima kasih

Mohamad Syazwan Zafwan
Chief of Publication MASAF 2010/2011

Masaf for all,
Becoz we care ^^

Leave a Reply