Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Salam 1 Malaysia,

Bersempena dengan hari pembubaran HICOM MASAF sesi 2010/11, saya ingin mengambil sedikit ruang dan kesempatan yang ada untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua sahabat seperjuangan sekalian di seluruh France, atas segala bantuan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang 2 tahun saya memegang amanah jawatan Presiden MASAF.

Tempoh 2 tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Pelbagai suka duka, pahit manis dan kenangan berharga telah pun kita lalui bersama. Segala pengalaman yang diperolehi tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan di atas penglibatan dan kehadiran rakan-rakan semua dalam setiap program dan aktiviti yang MASAF telah anjurkan selama ini. Walau sehebat mana pun sesebuah program itu dirangka dan dirancang, tanpa kehadiran dan kerjasama dari rakan-rakan sekalian, semuanya tidak akan berjaya. Komitmen kami di pihak HICOM mungkin tidak seberapa, tapi sahabat-sahabat sekalianlah pelengkap dalam menyempurnakannya.

Mandat yang rakan-rakan sekalian berikan kepada saya dan seluruh barisan kepimpinan HICOM merupakan suatu amanah. Kami telah berusaha melaksanakan sebaik mungkin dan sesempurna yang termampu amanah yang diberikan ini. Namun sebagai seorang manusia, sudah pasti ada kurang dan silapnya. Kami juga begitu. Maka di kesempatan ini juga, saya mewakili seluruh HICOM ingin memohon seribu kemaafan, seandainya wujud sebarang salah dan silap serta kekurangan sepanjang kami memikul mandat yang diamanahkan ini.


Encik Faris yang sentiasa memberi sokongan padu dan bantuan pada kita semua.


5408213941_d9c8f322df.jpg
VP Masaf: Zaireen

Setiausaha kita : Fazlina


Bendahari kita: Nazrin

Haziq: Chief of Communication yang dedikasi menyebarkan maklumat

5440067976_e9d8578ff1_z.jpg

Syazwan Zafwan : Chief of Publication dan chief editor masaf-lagenda.blogspot.com

5672665900_35acf544e3_z.jpg
Team work makes the dream work

Saya akan mengundur diri dari pemilihan HICOM untuk sesi 2011/2012 yang akan datang bagi memberi laluan kepada sahabat-sahabat yang lain pula menerajui MASAF. Saya yakin dan optimis bahawa MASAF memiliki potensi yang sangat luas untuk terus maju ke hadapan. Saya mendoakan agar barisan kepimpinan HICOM yang seterusnya akan mampu merealisasikan harapan dan aspirasi setiap pelajar di France.

Perletakan jawatan ini tidak sama sekali menandakan berakhirnya penglibatan saya dalam aktiviti dan program bersama MASAF. Saya akan terus membantu dan memberikan kerjasama selagi mana termampu.

MASAF ini persatuan kita. Ia milik kita semua, tanpa mengira bangsa dan agama. Jadi, marilah kita sama-sama berusaha dan berganding bahu untuk terus memajukan MASAF yang kita sayangi ini. Bermula dengan satu azam dan tekad yang kita kongsi bersama untuk melihat MASAF semakin gemilang, marilah kita sama-sama memilih calon terbaik untuk menerajui MASAF bagi sesi 2011/2012.

Sekian sahaja daripada saya.

Salam hormat,

Abdul Hadi Azman

Presiden Masaf 2010/2011


 

Leave a Reply