Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera , Bonjour,


Hampir setahun sudah berlalu, bermakna sudah hampir setahun juga kami barisan HICOM 2010/2011 telah menerajui MASAF. Terpilihnya kami menjadi wakil pelajar adalah hasil dari kepercayaan yang diberikan dalam undian anda semua. Kini tiba masanya untuk kita berganding bahu sekali lagi untuk memilih pucuk pimpinan yang bakal menerajui MASAF buat setahun yang akan datang.


Di sini kami akan umumkan tarikh serta prosedur-prosedur pilihan raya MASAF 2011 kali ini.


– Pembubaran HiCom dan Pengumuman Pilihanraya MASAF    :17 Mei 2011
-Tarikh pencalonan              : 22-28 Mei 2011
– Pengumuman calon          : 29 Mei 2011
– Kempen                           :30 Mei-4 Jun 2011
– Election                            :5 Jun 2011
– Pengumuman Keputusan  :6 Jun 2011


Pencalonan :
Seperti tahun-tahun sebelum ini, jawatan-jawatan terbuka untuk pencalonan ialah:

  • Presiden
  • Naib Presiden
  • Setiausaha
  • Bendahari
  • Chief of Publication
  • Chief of Communication

(Sila rujuk PDF ‘MASAF Role and Responsability’ untuk penerangan ringkas mengenai setiap jawatan yang telah dihantar melalui email)


Pelajar-pelajar yang berminat mencalonkan diri hendaklah mengisikan attachment Word ‘Masaf Candidacy Form’ (yang telah dihantar ke email) dan menghantarkan semula ke masaf.info@gmail.com


Tarikh tutup pencalonan adalah pada 28 Mei 2011 pada 12 tengah malam Kami akan mengumumkan senarai calon-calon untuk ‘MASAF Elections’ pada 29 Mei 2011 melalui email masaf.info@gmail.com dan juga di masaf-lagenda.blogspot.com


Kempen :
Calon-calon hanya dibenarkan berkempen sehingga masa yang ditetapkan, iaitu dari 30 Mei – hinggalah 4 Jun 2011 jam 23h59.


Satu medium rasmi akan dibuka untuk kesemua calon berkempen dan menyampaikan manifesto dan perancangan masing-masing untuk menerajui MASAF pada tahun 2011-2012. Calon-calon juga boleh menggunakan medium-medium lain dan cara sekreatif mungkin supaya para pengundi jelas dengan matlamat dan hasrat masing-masing.


Hari Mengundi :
Pengundian akan berlangsung sepanjang hari Ahad 5 Jun dari 00h00 sehingga 23h59 secara online.


Cara Mengundi :
Kami akan menghantarkan satu email yang berlainan mengenai cara-cara mengundi bagi memudahkan para pelajar.


Syarat-syarat Sah Calon dan Pengundi:
Pengundi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :
1) Pelajar
2) Menetap di France


Pengumuman Keputusan Pilihan Raya :
MASAF akan mengumumkan keputusan pilihanraya pada Hari Isnin, 6 Jun 2011 melalui email dan di masaf-lagenda.blogspot.com Kami berharap anda sebagai bakal calon dan pengundi menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin. Semoga kejayaan MASAF sebagai sebuah persatuan yang menjaga kebajikan dan menyatukan semua pelajar di Perancis ini dapat dikekalkan.


Sekian dari kami HICOM MASAF 2010/2011.

Leave a Reply