Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera , Bonjour,

Hampir setahun sudah berlalu, bermakna sudah hampir setahun juga kami barisan HICOM 2014/2015 telah menerajui MASAF. Terpilihnya kami menjadi wakil pelajar adalah hasil dari kepercayaan yang diberikan dalam undian anda semua. Kini tiba masanya untuk kita berganding bahu sekali lagi untuk memilih pucuk pimpinan yang bakal menerajui MASAF buat setahun yang akan datang.
Dengan ini, kami mengumumkan bahawa MASAF Election 2015 mengambil tempat mulai hari ini. Tarikh membuang undi ditetapkan pada 24 Mei 2015

 
  • Daftar Mengundi – 4 Mei hingga 16 Mei
 
Semua pelajar di Perancis yang ingin mengundi perlu membuat pendaftaran di pautan di bawah. Undian adalah rahsia dan pihak Election Council tidak boleh mengakses calon yang anda undi melalui sistem online voting yang akan digunapakai. 
 
 
Tujuan: Membuat semakan dengan senarai nama dari Kedutaan. Pendaftaran perlu dilakukan memandangkan bukan semua akan membuang undi dan ada nama yang tercicir dari senarai Kedutaan. 
 
Bagi pelajar yang tidak pernah berdaftar dengan kedutaan (kes pelajar persendirian), sila berbuat demikian di sini. 
 
 
  • Penamaan Calon – 4 Mei hingga 16 Mei
 
Sesi penamaan calon dibuka sekarang sehingga 16 Mei 2014 jam 23h59. Calon digalakkan untuk mencalonkan diri sendiri bagi salah satu jawatan yang dipertandingkan. Pencalonan dari pihak ketiga juga boleh dilaksanakan. 
 
Seperti tahun lepas, calon yang menang boleh mengekalkan jawatan sehingga dua penggal berturut-turut sekiranya ingin berbuat demikian.
 
Anda tidak perlu menjadi “Premium Member” untuk bertanding.
 
Nama pencalonan boleh dihantar melalui pautan di bawah:
 
 
 
Jawatan Executive Council (HICOM) yang dipertandingkan adalah:
 
  • Presiden
  • Setiausaha
  • Bendahari
  • Chief of Academics & Education
  • Chief of External Relations
  • Chief of Editorial & Information
  • Chief of IT & Multimedia
  • Chief of Sports & Recreation
  • Chief of Academics
  • Chief of Industrial Relations
  • Chief of Entrepreneurial & Leadership
Nota:
  • Jawatan Timbalan Presiden akan dilantik oleh Presiden dengan persetujuan ahli Majlis Tertinggi (HICOM)
  • Jawatan “Chief of Communication” tidak akan dipertandingkan kerana saudara Arief ingin mengekalkan jawatan beliau.
  • Sekiranya tiada calon, ahli Majlis Tertinggi 2015/16 boleh melantik pelajar Malaysia untuk mengisikan jawatan tersebut.
  • Ahli Majlis Tertinggi 2015/16 akan melantik pelajar Malaysia untuk mengisikan jawatan Regional Secretariat dan Events Secretariat.
  • Calon yang kalah dalam pilihan raya boleh dilantik oleh ahli Majlis Tertinggi 2015/16 untuk memegang jawatan lain.
 
Jawatan AJK sukarelawan (tanpa bertanding) bagi setiap chief di atas: 
 
Bagi jawatan-jawatan AJK, pemilihan dibuat secara sukarelawan. Ini bermakna, anda yang mendaftar nama akan terus memegang jawatan terbabit tanpa proses pilihan raya. Bilangan AJK yang diperlukan bagi satu-satu jawatan adalah antara 2-3 orang. Sekiranya terdapat jawatan AJK yang berlebihan ahlinya, AJK tersebut akan diserapkan ke bahagian yang kurang ahlinya selepas persetujuan dari calon terbabit. 
 
  • Job Scope bagi setiap jawatan: 
 
Skop tanggungjawab bagi setiap jawatan boleh didapati di pautan di bawah.
 
  
 
Segala pertanyaan boleh diajukan ke e-mel rasmi Election Council (team.masaf[fusion_builder_container hundred_percent=”yes” overflow=”visible”][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”no” center_content=”no” min_height=”none”][à]gmail.com).
 
  
Sekian, terima kasih.
 
 
MASAF Election Council 2015
[/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]

Leave a Reply