Nama : Abdullah Muhsin
Bandar : Le Havre,Perancis
Kumpulan : JPA7
Tempat belajar sekarang : INSA Rouen
Bidang : Kejuruteraan mekanikal
Pada pendapat anda,bagaimana bandar Le Havre?
Le Havre ialah sebuah bandar sederhana saiznya dan tidaklah begitu kecil.Bak kata orang,kemewahan bandar itu bergantung kepada sekiranya terdapat kedai-kedai seperti FNAC,Zara,dan Galerie Lafayette.Di Le Havre tiada Galerie Lafayette.
Bandar Le Havre terletak di tepian pantai yang menjadikannya tarikan ramai pengunjung.Selain itu, bangunan yang terdapat di Le Havre juga serba baru. Seni bina bangunan tradisional lama di Le Havre juga masih dikekalkan.Justeru itu, bandar Le Havre telah dipilih sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO.
Bagaimana pula dengan sistem pengangkutan di Le Havre ?
Sistem pengangkutannya akan dinaik taraf dalam masa terdekat ini.Buat masa sekarang,pengangkutan bas adalah pengangkutan utama.Tidak lama lagi, sistem pengangkutan tram akan dibina di Le Havre.
Boleh anda kongsikan sedikit pengalaman anda belajar di IUT GMP Le Havre selama 2 tahun yang lepas ?
Boleh.Banyak kenangan yang saya perolehi selama belajar disini.Profesor-profesor di IUT tersebut sangat ‘cool’ dan baik.
Kebiasaannya,pelajar tahun kedua di IUT tersebut akan adakan lawatan ski sambil belajar.Profesor akan turut serta sekali.Pada waktu pagi,kami akan pergi meluncur ski bersama manakala pada waktu malamnya,kami akan adakan kelas bersama profesor kami.Setiap malam,profesor akan adakan lawatan dari bilik ke bilik untuk memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada kami.Pada waktu itu,memang terserlah keperibadian profesor kami yang ‘slumber’ dan mesra dengan pelajar-pelajarnya.Itulah pengalaman yang paling menyeronokkan bagi saya.
Yang paling menarik perhatian para pelajar asing di IUT ini ialah terdapat sebuah persatuan pelajar asing yang dipanggil ‘Accueil des Etudiants Etrangers’.Persatuan ini sangatlah aktif dalam mengadakan aktiviti-aktiviti mereka.Pelbagai aktiviti diadakan,contohnya,’visite à Paris’ dan luncur ais.Hal ini diadakan bagi mengenengahkan kebudayaan setempat kepada para pelajar asing .Oleh itu, pada pendapat saya yang juga merupakan pelajar asing di IUT ini,para pelajar tidak berasa keseorangan di samping memperoleh faedah yang bermanfaat dan mendapat kawan baru.
Selain itu,bagaimana pula dengan penduduk setempat dan kemudahan tempat beribadat yang ada ?
Masjid terletak sangat jauh dari rumah saya.Walaubagaimanapun,hal ini tidak menjadikan alasan bagi saya untuk tidak ke masjid. Dengan kemudahan bas yang sedia ada, saya hanya memakan masa kurang daripada 10 minit untuk ke masjid.
Apa yang menarik di Le Havre ialah orang-orang islam di masjid tersebut sangatlah peramah dan berbudi bahasa.Hal ini kerana kebanyakan daripada mereka pernah ke tanah air kita sebagai pengunjung dan sebagai pelajar menjalani praktikal.
Terima kasih saudara Abdullah Muhsin atas perkongsian anda =)

Leave a Reply