Nama: Jenniesy Majunggi

Bandar: Besançon, Perancis

Tempat belajar: Faculté des Lettres et Sciences du Langage

Tahun : Kedua

Bidang : Perguruan Bahasa Perancis

Pada pendapat anda, bagaimana bandar Besançon?

Pada pendapat saya, Besançon ialah sebuah bandar yang banyak nilai sejarah. Antara tempat yang menjadi tarikan utama ialah Citadelle, sebuah pusat khazanah sejarah UNESCO. Apa yang menarik mengenai bandar ini,penduduknya sangat peramah dan bersikap mesra,bukan sahaja bersama rakyat Perancis,malah juga bersama warga asing. Kita tidak rasa dianak tirikan. Walaupun mereka tidak mengenali kita,mereka tetap bertegur siapa terutamanya dengan ucapan “Bonjour!”. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Besançon,anda bolehlah layari laman web ini, http://www.besancon.fr/ .

Apa pendapat anda mengenai system pengangkutan di Besançon?

Untuk bergerak di dalam bandar ini, sistem pengangkutan seperti velib,autolibre dan bas awam telah diwujudkan. Pada tahun 2015, sistem pengangkutan tram akan dibina. Kerja-kerja pembinaan jalan tram pun sedang dijalankan. Perkhidmatan bas sangat efektif kecuali pada musim sejuk. Oleh sebab itu, ada yang perlu jalan kaki selama 45 minit dari rumah untuk ke pusat bandar memandangkan bandar ini kecil. Saya jaranglah jalan kaki,hanya 2,3 kali sahaja dalam setahun. « Ginko » adalah syarikat yang mengurus sistem pengangkutan bas di Besançon. Ada sistem langganan kad bas Ginko untuk tahunan,bulanan dan mingguan.Kalau bagi pelajar tahun pertama dan juga untuk berjimat, lebih elok buat kad langganan ini memandangkan kita mudah sesat dalam perjalanan kalau baru sampai. Malah,keistimewaan kad ini,kita boleh gerak ke luar bandar dengan perkhidmatan keretapi juga.

Selain itu, apa pendapat anda mengenai makanan yang ada di Besançon ?

Ada banyak pilihan makanan yang ada di Besançon, contohnya,makanan perancis, india, turki, itali, algeria dan maghribi. Yang penting, ada duit =) Kalau nak cari makanan halal,tak susah. Ada banyak kedai kebab, couscous dan tajine. Kalau ingin nak makan Tom Yam, ada kedai PUM (Restoran Thai). Kalau nak makan nasi briyani pula, ada restoran TAJMAHAL. Kalau nak makan makanan tempatan perancis pula, ada restoran perancis yang menyediakan “plat franc comtois” yang dihidangkan bersama keju perancis. Nak masak sendiri pun boleh, ada banyak kedai asia di Besançon.

Apakah tempat-tempat menarik di Besançon?

Seperti yang saya cakap sebelum ini, di Besançon tidak terdapat banyak tempat yang menarik. Di Besançon banyak bangunan lama yang berusia lebih kurang 100 tahun. Fakulti saya juga merupakan sebuah bangunan yang klasik dan lama. Antara tinggalan lama yang boleh dilawati ialah Pont Battant yang menghubungkan kawasan Hors Boucles.

Bagaimana pula dengan universiti di mana anda belajar?

Saya belajar di Université Franche Comtois (UFC). Bangunannya sangat klasik dan bersejarah. Bangunan yang cantiklah katakan =). Fakulti saya terletak di pusat bandar dan sangat senang nak pergi kelas dengan perkhidmatan bas. Dari segi pentadbiran universiti pula, kita perlu isi borang pendaftaran untuk setiap semester.

Bagaimana pula dengan pensyarah-pensyarah anda di universiti?

Gerak kerja mereka sangat efektif. Mereka bersemangat yang tinggi untuk mengajar. Kalau ada masalah pelajaran, mereka mudah didekati di luar waktu kelas asalkan dah buat temu janji. Mereka sangatlah peramah dan mesra.

Pengalaman manis anda di Perancis?

Lawatan ke Lyon bersama rakan-rakan satu batch semasa La Fête de la lumière. Penat juga nak pusing satu bandar Lyon, tapi sangat berbaloi. Saya sangat kagum dengan teknologi cahaya lampu yang canggih yang digunakan untuk sambutan tersebut. Semua bangunan nampak cantik dengan pancaran lampu yang warna-warni.


Terima kasih saudari Jenniesy atas perkongsian anda !

Bonne continuation !

Leave a Reply