Berita baik! Tarikh akhir penyertaan Pertandingan Sayembara Puisi dilanjutkan sehingga 20 Februari 2019!

Hantarkan karya anda ke culture.masafrance@gmail.com sekarang dan hadiah-hadiah menarik menanti anda!

Sungguh cantik kebaya Nyonya,

Walau dipakai ke mana jua;

Puisi tradisional tiada kurangnya,

Menjadi kemegahan kita semua.

Berita baik untuk pelajar-pelajar Malaysia di Perancis yang meminati dan mempunyai bakat dalam bidang penulisan, serlahkan bakat anda!

Jom sertai pertandingan menulis puisi bersempena Festival Seni Malaysia yang akan berlangsung pada 23 Februari 2019 dan berpeluang memenangi hadiah menarik! Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar dan setiap peserta bebas memilih bahasa yang ingin digunakan (Melayu, Inggeris, Perancis)

Hantarkan nukilan anda dalam bentuk sajak/puisi/pantun anda ke culture.masafrance@gmail.com berserta nama dan institusi pengajian sebelum 9 Februari 2019!