[fusion_builder_container hundred_percent=”yes” overflow=”visible”][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”no” center_content=”no” min_height=”none”]
Poster Haji
Photo Credit : Wikipedia

 

Bismillahirrahmanirrahim,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd.

1) Assalamualaikum dan bonjour diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang berada di perantauan terutamanya di Perancis. Tidak lupa juga kepada seluruh ahli keluarga serta sahabat handai kita yang berada di Malaysia.

2) Saya serta barisan HICOM MASAF 2015/2016 ingin mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua khususnya yang beragama Islam.

3) Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah ALLAH dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

4) Sebagai seorang Muslim, kisah pengorbanan ini perlulah kita hayati serta diimplementasi dalam kerangka yang lebih menyeluruh bagi membebaskan diri dari segala ikatan belenggu duniawi.

5) Bagi yang sedang menunaikan ibadah Haji, kami mendoakan semoga Mabrur Haji kalian dan semoga giliran kami untuk kesana menjadi tetamuNya bakal tiba, insyaALLAH.

6) Di kesempatan ini juga, saya mewakili MASAF ingin mengalu-alukan semua pelajar untuk turut sama terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidiladha di bandar masing-masing.

7) Semoga dengan penganjuran Sambutan Hari Raya di setiap lokaliti ini dapat sedikit sebanyak menghilangkan rasa rindu kepada ahli keluarga yang tercinta yang berada di tanah air, Malaysia.

8) Dan bagi sesiapa yang berada di Paris, marilah sama-sama kita memeriahkan sambutan Hari Raya yang akan diadakan di Kedutaan Besar Malaysia, bermula jam 8.00 pagi esok (24 September 2015).

9) Saya akhiri ucapan saya dengan bacaan talbiah :

Labbaikallahumma Labbaik :
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu, ya ALLAH.

Labbaika la syarika laka labbaik :
Engkau tiada sekutu dan kami memenuhi panggilan-Mu.

Innal hamda wan ni’mata laka wal mulk la syarikalak :
Sesungguhnya segala pujian, nikmat, dan juga kerajaan adalah milik-Mu dan Engkau tidak ada sekutu.

Nik Mohammad Izzul Azfar NIK RAZALI
Vice President II
Malaysian Students’ Association in France (MASAF)[/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]