Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Perancis memohon kerjasama semua pelajar yang telah mencapai umur 21 tahun untuk mendaftar di pejabat kedutaan di Paris sebagai Pengundi/Pengundi Tidak Hadir dengan kadar segera.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berhubung perkara di atas, sila layari laman web www.kln.gov.my (Ministry of Foreign Affairs, Paris).

“Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Malaysia dan pasangan; penjawat awam dan pasangan serta warganegara Malaysia yang bermastautin di Perancis, Monaco dan Portugal boleh mendaftar di Kedutaan Besar Malaysia di Paris sebagai Pengundi / Pengundi Tidak Hadir. Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Peraturan  2(f) telah menetapkan bahawa seseorang warganegara yang telah mencapai umur dua puluh satu (21) tahun pada tarikh kelayakan dan layak disisi undang-undang boleh mendaftar sebagai Pengundi / Pengundi Tidak Hadir.

Daftar Mengundi

Untuk mendaftar sebagai Pengundi / Pengundi Tidak Hadir, sila datang ke Kedutaan Besar Malaysia di Paris pada hari dan waktu pejabat dibuka – Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.  Sila bawa bersama MyKad anda beserta satu salinan untuk tujuan pendaftaran.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kedutaan Besar Malaysia di Paris melalui nombor telefon + 33 1 45 53 11 85 atau email kepada malparis@kln.gov.my.”

 

Leave a Reply