Assalamualaikum,salam sejahtera,dan bonjour.

Setiap tahun,kedatangan Lagenda amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga pelajar Malaysia di Perancis sebagai portal komunikasi dan informasi para pelajar.Pada tahun ini,ahli-ahli jawatankuasa Lagenda telah bekerja keras dan bekerjasama antara satu sama lain,untuk menyiapkan Lagenda yang mungkin berlainan daripada tahun sebelumnya.

Untuk pengetahuan semua, pihak MASAF telah mengambil langkah untuk menggunakan blog sebagai media perantaraan antara pelajar Malaysia untuk menggantikan penggunaan fail PDF yang digunakan sebelum ini. Hal ini kerana banyak aduan diterima mengenai penggunaan fail ini.Fail ini perlu dimuat turun setiap kali Lagenda dikemaskinikan. Selain itu, penukaran kepada blog ini lebih mesra pengguna, memudahkan para pelajar untuk mendapatkan akses ke laman blog ini, lebih interaktif, dan lebih kerap dikemaskinikan.

Sehubungan dengan itu, penggunaan blog ini tidak bermaksud untuk menggantikan laman web rasmi MASAF yang sedia ada. Laman blog ini adalah sebagai tambahan kepada apa yang sedia ada. Laman web rasmi MASAF ini lebih memaparkan hal-hal yang rasmi manakala laman blog Lagenda memaparkan hal-hal yang tidak rasmi,perkongsian,perbincangan dan tips-tips.

Tema MASAF untuk kali ini, « Teamwork makes the dream work » memaparkan usahasama para pelajar Malaysia di Perancis yang sentiasa bekerja keras dan bekerjasama tanpa mengenal erti jemu atau bosan,sama ada dari segi aspek akademik,pendidikan atau aktiviti bersama antara pelajar di Perancis.Oleh itu,para pelajar harus sentiasa berusaha dan bekerjasama untuk mencapai kejayaan di Perancis bahkan di Malaysia kelak tanpa mengira halangan yang bakal dihadapi.

Akhir kata,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan penerbitan Lagenda untuk kali ini.

« Teamwork makes the dream work »

Mohd.Syazwan Zafwan

Chief of Publication MASAF 2010 / 2011

Leave a Reply