Pegawai PPL JPA Paris, atau lebih dikenali sebagai Encik Akmal Malik akan kembali ke tanah air kita, Malaysia, pada 9 Oktober 2018 setelah berkhidmat di Perancis selama 3 tahun 10 bulan 🇲🇾🇫🇷

Sepanjang tempoh ini, pelbagai kenangan pahit manis telah kami lalui bersama beliau.

Daripada Annual General Meeting (AGM) hingga ke MASAF Games, beliau selaku Penasihat MASAF telah menyertai hampir semua program anjuran MASAF.

Malah, pada Hari Raya yang lalu, disaat semua sedang menyambut hari tersebut bersama keluarga masing-masing, beliau telah meluangkan masa beliau untuk melawat pelajar-pelajar tahun pertama di Aix dan Toulouse, seolah-olah merekalah keluarga bagi beliau. Begitulah jasa dan dedikasi beliau, bukan sahaja sebagai pegawai PPL JPA, tetapi juga sebagai bapa angkat kami di bumi Perancis.

Kami daripada MASAF, mewakili seluruh pelajar Malaysia di Perancis ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan sumbangan beliau.
Merci beaucoup et bon voyage.

Beliau akan melaporkan diri di Putrajaya pada hari Jumaat ini, 12 Oktober 2018.