MASAF Election 2021 – Pendaftaran Pengundi
Salam sejahtera,
Seperti tahun-tahun sebelum ini, kita bakal menjalankan pilihan raya bagi memilih barisan pelajar yang akan menggalas tanggungjawab sebagai wakil anda di dalam Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF).
Sehubungan dengan itu, kami selaku ahli jawatan kuasa SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MASAF 2020 menjemput anda untuk melaksanakan tanggungjawab anda dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi bagi membolehkan anda membuang undi pada tarikh yang akan diumumkan kelak. Dimaklumkan juga bahawa hanya yang telah mendaftar sahaja yang akan dibenarkan untuk mengundi.